Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Semoga sihat-sihat selalu. Memandangkan tarikh pensijilan 5S semakin hampir iaitu pada 28 Mac 2011 (Isnin), pihak Pengurusan JANM Perak ingin mendapatkan maklumbalas Tuan / Puan sebagai warga JANM Perak tentang kebaikan pelaksanaan 5S ini terutamanya kesan SEBELUM & SELEPAS 5S.
Sila isikan nama penuh, unit & komen Tuan / Puan di ruangan di bawah sebelum 25 Mac 2011.
Wan Arman Wan Omar
ReplyDeleteJANM Perak
Unit Akaun (Dana)
Alhamdulillah pelaksanaan 5S ini banyak meningkatkan produktiviti saya terutamanya dalam pencarian dokumen. Buktinya hari ini saya dapat mencari waran 2010 di setor utama dengan pantas dan mudah tanpa bantuan sesiapa. Jika sebelum ini saya mesti perlukan bantuan rakan untuk mencari dokumen, dengan 5S tidak perlu lagi.
Masa Singkat, Produktviti Meningkat.
Terima Kasih 5S!
Siti Zulaiha bt Ibrahim
ReplyDeleteJANM Perak
Unit Akaun
Syukur Alhamdulillah, dengan pelaksanaan 5S ini telah banyak membantu dan meningkatkan prestasi dan mutu kerja saya dari segi masa dan persekitaran. Kini ianya memudahkan kerja saya.
Noor Zaidah Hanif
ReplyDeleteJANM Perak
Unit Gaji
5S bagus!
SHAHIROS AZLINA
ReplyDeleteUNIT GAJI
SEBELUM PERLAKSANAAN 5S INI SAYA LIHAT PERSEKITARAN UNIT GAJI TAK TERSUSUN DAN TAK TERATUR DARI SEGI PENYIMPANAN SG20 DAN LAPORAN2 GAJI.SEMENJAK 5S DIWUJUDKAN PERSEKITARAN UNIT GAJI TELAH BERUBAH WAJAH.SEMUA SG20 DAN LAPORAN GAJI TERSUSUN ATUR DAN SANGAT KEMAS DAN TELAH ADA TEMPAT PENYIMPANAN YG KHAS. ( SEDAP MATA MEMANDANG ) TIMBUL KESERONOKAN BEKERJA. SAYA HARAP PERLAKSANAAN 5S INI AKAN BERTERUSAN DAN SETIAP WARGA JANM SENTIASA AMAL. WASSALAM
Jom buat hubungan seks...Razif
DeleteNORWANI
ReplyDeleteUNIT GAJI
ALHAMDULILLAH DENGAN 5S NI RUANG KERJA SAYA SENTIASA KEMAS DAN SAYA TIDAK LAGI MENYIMPAN BARANG YANG TAK DIPERLUKAN..TEMPAT KERJA SAYA JUGA SELESA.TEMPAT SIMPANAN DOKUMEN JUGA TERATUR. TERIMA KASIH 5S!
Siti Asmah Abdul Rahman
ReplyDeleteUnit Wang Tak Dituntut
5S adalah amalan baik dan murni yang membantu pekerja melaksanakan tugas dengan lebih berkesan dan produktif. Ia wajar dilaksanakan oleh setiap agensi kerajaan kerana 5S menerapkan amalan persekitaran kerja yang berkualiti untuk membantu pekerja melaksanakan tugas dengan cemerlang. Tahniah kepada JANM Negeri Perak kerana telah berjaya melaksanakan 5S
Alhamdulillah. Saya dari Audit Dalam mengucapkan terima kasih kerana Jabatan ini telah melaksanakan 5S yang memudahkan kakitangannya bekerja dengan selesa di dalam suasana pejabat yang kemas, teratur dan ceria. Disamping memudahkan kakitangannya mencari dokumen dan fail ianya juga melatih kakitangannya untuk melaksanakan kerja tanpa perlu meminta bantuan orang lain seperti photocopy, fax dan binding yang mana tatacara untuk melaksanakannya terpampang di depan mata dan mudah dibaca. Semoga kami warga JANM sentiasa amal dan sentiasa istiqamah dengan kebaikan, insyaAllah.
ReplyDeleteNoorhidawati Zainal Abidin
ReplyDeleteUnit Bayaran
Syukur...akhirnya kita dapat melaksanaankan 5S walaupun masih menunggu lagi 2 minggu untuk di audit oleh MPC. Kesimpulan melaksanakan 5S ini,ia dapat memudahkan kita menjalankan sesuatu kerja dengan lebih cepat, teratur dan selesa. Tahniah..semua warga AG Perak.
5S adalah sesuatu perkara yang menarik dan baik.
ReplyDeleteMasa dan kerjasama diperlukan untuk sama2 berusaha menjayakannya tidak kira dari tahap pegawai atasan mahupun bawahan. Selalunya modal diperuntukkan utk melaksanakannya disamping sedikit keringat daripada kerjasama staf. Jika modal tidak mencukupi dan terpaksa menggunakan duit staf, janganlah terlalu mengharapkan kesempurnaan secara keseluruhannya. Semua org ada tugas hakiki masing2, pelaksanan adalah dalam masa waktu yang singkat. Jika staf2 dapat melaksanakannnya, ia sesuatu yg wajib dibanggakan. Tetapi harus diingat, untuk menjayakannya, bukan hanya dengan menunding jari mengarahkan seseorang itu melakukan itu dan ini. tidak kiralah ianya seorang pegawai atasan sekalipun, sama2 turun padang menjayakannya, disinilah baru kita dapat lihat, ciri2 seorang pemimpin itu dihormati ataupun tidak.
Harus diingat, walaupun keringat kita diperlukan, bila dah turun padang, jangan cuba nak diungkit setiap pengorbanan yang diberikan. Semua org tahu peranan masing2, tahu tanggungjawab yg diberikan. sama2lah berusaha menjayakannya. InsyaAllah setiap perlakuan kita ada balasan kebaikannya.
SALAM...
ReplyDeleteSEBELUM ITU SAYA MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA SEMUA K/TGN JANM PERAK KERANA AG PERAK TELAH MENDAPAT KELULUSAN YG PERTAMA DR PIHAK MPC...5S INI SATU SISTEM YANG BAIK DI TEMPAT KERJA KERANA IA DAPAT MENIMBULKAN SUASANA YANG MENARIK, KEMAS DAN BERSIH SEBELUM INI....
TAHNIAH AG PERAK...CAYOK AG PERAK
GO...GO...GO...KE ARAH PENSIJILAN 5S YANG SEBENAR
suriati
ReplyDeleteunit gaji
syukur alhamdulillah...banyak perubahan yang telah berlaku setelah sekian lama kita bertungkus lumus menjayakan 5S ini...keadaan pejabat telah ceria dan berseri-seri...ini memberi kesan positif kepada semua pegawai JANM Perak..bersamalah kita berdoa agar JANM PERAK akan menerima SIJIL 5S ini...
5S the best!!!!
Syukur alhamdulillah dengan pelaksanaan 5S suasana persekitaran tempat kerja berubah menjadi lebih selesa, kemas dan bersih. Walaupun dalam jangka masa yang singkat, kita telah membuktikan bahawa kita mampu melakukannya hasil dari penglibatan semua pihak. Selain memupuk semangat kerja berpasukan dan bantu-membantu semasa gotong royong, pelaksanaan 5S juga menyebabkan mutu/kualiti penghasilan kerja bertambah baik terutama dengan adanya mekanisma pencarian fail serta susun atur rak atau alat gunasama yang lebih sistematik. Tahniah kepada semua warga JANM Perak.
ReplyDeleteMOHD SAID BIN MOHD RAIS
Unit Perundingan
Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih atas kerjasama semua pihak dalam melaksanakan 5S. Perbezaan amat ketara sekali apabila 5S ini dilaksanakan dimana ruang/ suasana tempat kerja menjadi lebih selesa dan menarik disamping memupuk sikap bekerjasama dan dapat menunjukkan kreativiti masing-masing. Tahniah semua..
ReplyDeleteShuhada
Unit Perundingan
DENGAN 5S INI RUANG KERJA SAYA SENTIASA NAMPAK LEBIH KEMAS DAN KINI SAYA DAPAT MENDISIPLINKAN DIRI SAYA UNTUK MENYUSUN BARANG-BARANG SAYA DENGAN LEBIH TERATUR. TERIMA KASIH 5S!
ReplyDeleteSANTAH
UNIT PERUNDINGAN
18/3/11
Pn. Salmah bt. Mohd. Sharif
ReplyDeleteTimbalan Pengarah
Tahniah kerana berkat kerjasama seluruh anggota JANM Perak, kita berjaya menyiapkan program 5S tepat pada waktunya. InsyaAllah AG Perak akan berjaya mencapai kecemerlangan dan mendapat pensijilan 5S yang bertaraf tinggi.
Noraznita bt. Mohamad
ReplyDeleteAudit Dalam
JANM
Dengan adanya 5S ini, ruang kerja lebih teratur dan kemas daripada sebelum ini. Pencarian alatan dan juga dokumen menjadi lebih mudah dengan adanya label-label yang telah ditampal di setiap sudut. Semoga 5S menjadi ikutan buat selama-lamanya.
Adilah bt. Azuddin
ReplyDeleteUnit Gaji
JANM Perak
Dengan adanya 5S, kerja saya menjadi lebih mudah. Suasana sekeliling kemas dan ceria dan memudahkan saya melaksanakan kerja dengan lebih efisien lagi.
BUAT JULUNG-JULUNG KALINYA JANM CAW PERAK MAMPU MELAKSANAKAN 5S INI WALAUPUN DALAM MASA YANG SINGKAT TERNYATA SEMUA WARGA MAHUKAN SESUATU YANG TERBAIK.TAHNIAH.
ReplyDeleteRASYIDAWANI
UNIT PERUNDINGAN
Samsiah Ahmad
ReplyDeletePengarah JANM Perak
Syukur Alhamdulillah, dengan semangat kerja berpasukan JANM Perak lulus dalam pre audit 5S. Diharap semangat dan komitmen ini diteruskan sehingga pada 28 Mac 2011 untuk mencapai markah tertinggi di antara JANM Zon Utara (>87%). TAHNIAH UNTUK SEMUA, YAKIN KITA BOLEH. APA YANG PENTING KERJASAMA........ InsyaAllah
5S is 4 everyone..........
ReplyDeleteROZILAWATI ABU
UNIT AKAUN
tahniah atas kerja keras anda membuahkan hasil yang membanggakan serta menyelesaikan segala masalah yang tertunggak selama ini..GOOD JOB..
ReplyDelete5S....suatu perjalanan perit getir yang telah kita lalui bersama...suka duka ada disitu...yang pasti kejayaan telah ada dalam genggaman...
ReplyDelete