Thursday, July 28, 2011

PERUBAHAN ALAMAT AGENSI TOUCH n GO

ANM.PK.T (2) 1099 (108)

Tuan / Puan,

Assalamualaikum / Salam Sejahtera,

Untuk makluman semua PTJ, agensi Touch n Go akan bertukar ke alamat baru berkuatkuasa 
1 Ogos 2011. Bagi sebarang urusan yang melibatkan agensi Touch n Go tuan/puan boleh merujuk Lampiran yang disertakan. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini sila hubungi  JANM Perak di talian 05-254 7304 samb. 126 (up : Pn. Hasmah atau Pn. Ilanie)

Kerjasama dari pihak tuan/puan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

Unit Bayaran
Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Negeri Perak
28 Julai 2011

Wednesday, July 20, 2011

Gangguan Capaian eSPKB

Untuk makluman semua, terdapat gangguan terhadap capaian perkhidmatan eSPKB di JANM Perak pada hari ini. Ianya dijangka selesai pada pukul 12.30 tengah hari atau paling lewat pukul 2.00 petang. Oleh itu, mohon kerjasama semua pihak mengambil maklum tentang masalah ini. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Sunday, July 17, 2011

Baucar Manual Bayaran Balik Hasil (B11)

Dimaklumkan bahawa berkuatkuasa serta merta, PTJ yang ingin membuat permohonan
bagi Bayaran Balik Hasil (B11) hendaklah mengemukakan dokumen berikut :

1) 2 salinan Baucar Bayaran Manual (Kew304. Pind. 1/2006)
2) 1 salinan dokumen sokongan
3) 1 salinan Borang Maklumat Penerima Perseorangan/Pembekal (eSPKB) (jika ada )
 
Sebarang pertanyaan sila hubungi :
 
1) Puan Foiaziah Bt Othman samb. 117
2) Puan Ponnammah A/P Kaliappan (Devi) samb. 116

Monday, July 11, 2011

PENGHANTARAN LAPORAN PENYESUAIAN VOT PEMBANGUNAN SECARA MANUAL

Untuk makluman pihak PTJ sistem e-SPKB sedang menghadapi masalah untuk mencetak laporan penyesuaian bagi vot pembangunan. Masalah ini telah pun dihantar ke Sistem Unicenter Servicedesk dan ia masih lagi dalam tindakan penyelesaian. Oleh itu, kami memohon kerjasama pihak PTJ agar dapat menghantar laporan penyesuaian bagi vot pembangunan secara manual ke Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Negeri Perak sehingga masalah sistem ini dapat diatasi.

Wednesday, July 6, 2011

PANDUAN PELAKSANAAN KUNCI MASUK MAKLUMAT ZAKAT LUAR SISTEM DAN PELEPASAN OKU

ANM.PK.T(2) 1099 (105)

YB Dato’/Datin/Tuan/Puan

Perkara di atas dan buletin ANM.PK.T(2) 1099 (104) adalah dirujuk. Bersama-sama ini disertakan contoh borang SG20 yang diisi untuk maklumat di atas.Rujuk lampiran. Sebarang pertanyaan hubungi unit gaji di talian 05-2547304 sambungan 104 dan 111. 

UNIT GAJI, JANM PERAK
6 JULAI 2011

PELAKSANAAN KUNCI MASUK MAKLUMAT ZAKAT LUAR SISTEM DAN PELEPASAN OKU

ANM.PK.T(2) 1099 (104)

YB Dato’/Datin/Tuan/Puan

Perkara di atas dan surat rujukan ANM(OC)07/7Jilid11(15) adalah dirujuk. Sehubungan itu, bagi PTJ/Pusat Pembayar yang terlibat, sila hantar borang SG20 beserta salinan resit zakat luar sistem untuk zakat luar sistem dan bagi pelepasan OKU – sila hantar borang mengemaskini maklumat peribadi dan salinan kad OKU dari Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah disahkan bersama-sama borang SG20. Tindakan boleh diambil mulai SG20 yang seterusnya. Sila rujuk lampiran yang disertakan. 

Tuesday, July 5, 2011

Pertukaran Pembekal Perkhidmatan PKI (Kad Pintar eSPKB / e-Perolehan / SPPII / e-Syariah) dari GITN Sdn. Bhd kepada SCAN Associates Berhad

Adalah dimaklumkan bahawa MAMPU telah melantik SCAN Associates Berhad sebagai Pembekal Perkhidmatan PKI bagi menggantikan GITN Sdn. Bhd. pembekal sebelum ini bermula pada 1 Julai 2011.
Untuk maklumat lanjut rujuk lampiran yang disertakan.

Laporan Terperinci Perbelanjaan Vot, Amanah Dan Hasil Bulan Jun 2011

Adalah dimaklumkan bahawa Laporan Perbelanjaan Vot, Amanah dan Hasil bulan Jun 2011 telah dipaparkan di eLaporan pada 06 Julai 2011. 

Sehubungan itu, tempoh 14 hari untuk penyediaan Penyata Penyesuaian Bulan Jun 2011 adalah bermula dari tarikh di atas.  Tarikh akhir penghantaran Penyata Penyesuaian ke JANM Perak adalah pada 20 Julai 2011. Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

Friday, July 1, 2011

Program Pengenalan Kepada International Public Sector Accounting Standard (IPSAS) Dalam Transformasi Perakaunan Akruan Kerajaan Persekutuan

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia akan mengadakan satu program pengenalan kepada International Public Sector Accounting Standard (IPSAS) dalam Transformasi Perakaunan Akruan Kerajaan Persekutuan kepada semua akauntan sebagai pendedahan awal berkaitan standad-standad IPSAS dan kesesuaiannya untuk digunapakai dalam pelaksanaan Perakaunan Akruan Kerajaan Persekutuan. Program ini akan diadakan seperti di lampiran berkepil.Kerjasama dari Kementerian/Jabatan seperti di surat edaran adalah diharapkan untuk menghantar nama-nama peserta sebelum 5 Julai 2011 (Jumaat).
Sila rujuk pada lampiran yang telah disertakan.

Penggunaan Kod Bank (SWIFT CODE) Di Modul Perubahan Gaji (SG20)

Sukacitanya dimaklumkan, pengguna Modul Perubahan Gaji (SG20) perlu menggunakan kod bank (Swift Code) seperti kod bank eSPKB mulai pembayaran gaji bulan Jun 2011 bagi Modul Kemasukan Baru sahaja. Pengguna tidak boleh memilih kod bank gaji lama yang mempunyai tanda ” – ” kerana kod bank gaji tersebut sudah tidak aktif dan dokumen SG20 akan dikuiri oleh GFMAS. Modul selain dari Kemasukan Baru tidak perlu kemaskini kod bank tersebut kecuali terdapat perubahan kod dan akaun bank yang baru. Sila rujuk kepada lampiran yang telah disertakan :