Thursday, July 28, 2011

PERUBAHAN ALAMAT AGENSI TOUCH n GO

ANM.PK.T (2) 1099 (108)

Tuan / Puan,

Assalamualaikum / Salam Sejahtera,

Untuk makluman semua PTJ, agensi Touch n Go akan bertukar ke alamat baru berkuatkuasa 
1 Ogos 2011. Bagi sebarang urusan yang melibatkan agensi Touch n Go tuan/puan boleh merujuk Lampiran yang disertakan. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini sila hubungi  JANM Perak di talian 05-254 7304 samb. 126 (up : Pn. Hasmah atau Pn. Ilanie)

Kerjasama dari pihak tuan/puan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

Unit Bayaran
Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Negeri Perak
28 Julai 2011

Wednesday, July 20, 2011

Gangguan Capaian eSPKB

Untuk makluman semua, terdapat gangguan terhadap capaian perkhidmatan eSPKB di JANM Perak pada hari ini. Ianya dijangka selesai pada pukul 12.30 tengah hari atau paling lewat pukul 2.00 petang. Oleh itu, mohon kerjasama semua pihak mengambil maklum tentang masalah ini. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Sunday, July 17, 2011

Baucar Manual Bayaran Balik Hasil (B11)

Dimaklumkan bahawa berkuatkuasa serta merta, PTJ yang ingin membuat permohonan
bagi Bayaran Balik Hasil (B11) hendaklah mengemukakan dokumen berikut :

1) 2 salinan Baucar Bayaran Manual (Kew304. Pind. 1/2006)
2) 1 salinan dokumen sokongan
3) 1 salinan Borang Maklumat Penerima Perseorangan/Pembekal (eSPKB) (jika ada )
 
Sebarang pertanyaan sila hubungi :
 
1) Puan Foiaziah Bt Othman samb. 117
2) Puan Ponnammah A/P Kaliappan (Devi) samb. 116

Monday, July 11, 2011

PENGHANTARAN LAPORAN PENYESUAIAN VOT PEMBANGUNAN SECARA MANUAL

Untuk makluman pihak PTJ sistem e-SPKB sedang menghadapi masalah untuk mencetak laporan penyesuaian bagi vot pembangunan. Masalah ini telah pun dihantar ke Sistem Unicenter Servicedesk dan ia masih lagi dalam tindakan penyelesaian. Oleh itu, kami memohon kerjasama pihak PTJ agar dapat menghantar laporan penyesuaian bagi vot pembangunan secara manual ke Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Negeri Perak sehingga masalah sistem ini dapat diatasi.